Thursday, May 28, 2009

ITMCS MEMORIES

REUNION DINNER BATCH JULY 1991 ITMCS (TRIBES)
Ha!!!...ni lak berlaku last year kt Tribes Holiday Inn Kch. Almost of them memang dah bertahun2
tak jumpa sampai ada yg menitiskan air mata & berpelukan. Memang kelakar! Dah jadi mak bapak
semuanya kecuali aku & a few ler, hahaha! Anyway, thks ler pada semua yg sungguh sporting giler
& harap2 reunion camni akan diteruskan walaupun byk cabarannya coz ada yg dah merantau kt
oversea, busy ngan kerja & family dll.
Lastly, pada ex-ITMCS July intake 1991...take care yr health & see ya! Muahhhhhh!!!!..



















Wednesday, May 27, 2009

TIPS DALAMAN RUMAH



WARNA!!!
Ha!!!...Ramai antara kita sering buntu apabila nak memilih warna yg sesuai utk ruang tamu. Jangan peningkan kepala, gunakan maksimum 3 warna asas sahaja......
Caranya: Perhatikan warna sofa kita, gunakan segala warna yg ada di sofa utk dinding, langsir, karpet dll...maka berlakulah pengulangan warna yg tidak melampau(AWAS! Jgn sampai sofa tenggelam pula k!)
Kpd anda yg berani, gunakan warna asas (EARTH COLOUR) utk ruang tamu kita iaitu warna langit (biru), pokok (hijau) & tanah (coklat) tetapi semua warna ada peringkatnya seperti pelangi ...cth dark blue ke light blue.
Ingat satu lagi, warna yg berat letaknya di bwh k!

Tuesday, May 26, 2009

IT"S MAKAN TIME!!!...

Ha!!!!...ini part yg aku paling suka! Member satu opis bawa makanan
(aku bawa diri jer, hahaha). Tapi aku cuma kacau2 jer, malas nak makan nasi.
Salad tu yummy! Dah makan, jadi ular melingkar...ADO!!!hahaha!

























Friday, May 22, 2009

LENSA SWK (PESTA SEMATAN)

JALAN2 CARI MAKAN KT PESTA SEMATAN (15-17 MEI 09)






Ha!!! Sempat gak aku meninjau Pantai Sematan ni...Bolehlah! Aku pertama kali datang menyaksikan Pesta Sematan ni, siap bermalam kt situ lagi. Seperti mana-mana pesta di tpt lain dgn gerai jualan, pameran, sukan air, sukan pantai tetapi kelebihan kt Sematan ni KETAM! Ha! Ha! Ha! Aku bukan ler peminat ketam tapi leh ON lak kt sini (orang belanja! Hehehe). Anyway, jauh perjalanan luas pemandangan kan!!!!..Jumpa lagi!












Thursday, May 14, 2009

WHAT'S UP!!!...

LAGU PILIHAN MINGGUAN DJ AA
1) Anuar Zain - Kau Bungaku (pop retro)
2) D'Masiv - Cinta Ini Membunuhku (balada)
3) Sixth Sense - Khatimah Cinta (balada)
4) Chandra & Shiela Majid - Ingatkan Diriku (pop)
5) Seventeen - Selalu Mengalah

ARTIS PILIHAN SEMASA DJ AA
1) Hafiz AF
2) Letto


LENSA SWK (MUZIUM SWK/BANGUNAN LAMA)



Ha!!!..Jom kita melawat Muzium Sarawak yg terletak di hadapan Padang Merdeka Kch. Boleh berjalan kaki dr Waterfront tak sampai 5 minit pun!!! Sambil2 berjln tu, jangan lupa jeling sedikit ke bangunan Pos Malaysia Swk ye (ciri victoria beb!)
Muzium Sarawak ini telah didirikan dalam tahun 1891 dan diperbesarkan dalam tahun 1911. Memang lama betul usia bangunan ini, yang pasti ia menyaksikan banyak perubahan sebelum merdeka sehinggalah kita merdeka.
Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang telah menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di Negeri Sarawak pada masa tersebut. Bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaiki. Rekabentuknya yang membujur, 44’ x 160’, mempunyai dinding dan tiang yang diperbuat daripada batu bata dan beratapkan belian dan konkrit. Rekabentuknya pula dibina mengikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (Zaman Victoria). Manakala galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas & diperindahkan dgn lukisan (menarik beb!)
Semasa zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah jagaan seorang Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada masa ini pula, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak. Jom kita tinjau tingkat bawah muzium!!!.....
Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak –seperti reptilia , mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan.
Pada bahagian barat bangunan muzium ini terdapat pameran Shell – industri petroleum di Sarawak. Kalau anda nak tahu juga, gambaran awal industri ini direalisasikan dalam bentuk gambar dan carta. Batu-batuan fosil juga dipamerkan di sini.
Jom kita tinjau di tingkat atas pula. Tingkat atas bangunan ini pula mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang pelbagai kaum etnik di Sarawak, alat-alat muzik, pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain. Begitulah rupanya rumah-rumah panjang etnik di Sarawak seperti Rumah Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau, China dan banyak lagilah. Pendek kata kalau kita tak berkesempatan nak pergi ke rumah-rumah panjang, kita saksikan model bangunan berkenaan di Muzium Sarawak pun jadilah!!!.... Baiklah, kepada anda yang merancang pergi ke Muzium Sarawak di bangunan lama ini jangan lupa:-
Masa Lawatan : Isnin hingga Ahad9.00 a.m. hingga 6.00 p.m (Masuk adalah Percuma)
Rugi tak datang ke sini, sambil2 tu boleh le pergi ke Tugu Pahlawan di belakangnya! Menarik bukan, jadi jangan lupa kunjungi Muzium Sarawak pada hari ini juga. Jom!!! Kita Lensa Sarawak.............

Wednesday, May 13, 2009

LENSA SWK (REPLIKA KUCING)





Mercutanda Bandaraya Kuching yang paling terkenal ialah Replika Kucing. Terdapat dua replika kucing di Bandaraya Kuching. Yang paling terkenal letaknya betul-betul di kawasan segitiga emas sebelum tebingan Kuching, berhadapan dengan dua hotel yang terkemuka dan pusat membeli-belah di Bandaraya Kuching. Replika Kucing berkenaan bukan seekor tetapi sepasang kucing dewasa diringi anak-anak kucing yang penuh berwarna-warni.Di sinilah kita sering saksikan orang luar termasuklah warga asing bergambar dengan replika berkenaan yang dikelilingi oleh air pancut. Jangan lupa datang ke sini!

Satu lagi letaknya di kawasan Padungan, betul-betul di hadapan bulatan Padungan dan bersebelahan dengan Balai Bomba Padungan. Replika yang ini pula cuma seekor tetapi teramatlah besar dan berwarna putih. Kelebihan replika ini pula adalah badannya dipakaikan dengan pakaian ketika sesuatu perayaan. Sewaktu perayaan tahun Baharu Cina, replika kucing ini dipakaikan pakaian cheongsam, Hari Raya Aidilfitri pula dipakaikan baju melayu bersongkok, Gawai pula dipakaian dengan pakaian orang iban dan begitulah seadanya.Unik bukan! Jadi, tidak sah kalau anda berkunjung ke Bandaraya Kuching tanpa mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan Replika Kucing. Inilah buktinya anda telah berkunjung ke sini.....
Jom! Kita Lensa Sarawak.

Tuesday, May 12, 2009

LENSA SWK (KUCHING WATERFRONT)







Antara Mercutanda Bandaraya Kuching yang terkenal ialah Tebingan Kuching ataupun lebih dikenali sebagai Kuching Waterfront. Inilah mercutanda yang paling sering kita saksikan di media tv apabila Bandaraya Kuching dikaitkan. Tebingan Kuching adalah tempat berlepas perahu-perahu tambang yang dinaiki penumpang yang ingin ke seberang sungai sejak berpuluh-puluh tahun sebelum ini.
Tebingan Kuching terletak di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia terletak berhampiran majoriti pusat tumpuan pelawat di Bandaraya ini di samping juga hotel-hotel utama di Kuching. Ini bukan sahaja memudahkan pelawat untuk ke tempat tersebut, malahan juga menggunakannya sebagaai tempat permulaan ke tempat-tempat tarikan Kuching yang lain. Tempat-tempat berkenaan terletak dalam lingkungan 500 meter dari Tebingan Kuching, disamping kedai-kedai menjual kraftangan dan syarikat perkhidmatan pemandu pelancong yang terletak di Jalan Main Bazaar, bertentangan dengan lokasi tebingan tersebut.
Tebingan Kuching juga digelar TEMPAT UNTUK RAKYAT (People’s Place), satu panggilan yang bertepatan sekali kerana pembinaannya adalah untuk rakyat Sarawak, terutamanya warga kuching sendiri. Pembinaannya pula tercetus dari wawasan Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, yang ingin melihat usaha merapatkan semula masyarakat kepada sungai dengan menukarkan kawasan tersebut kepada sebuah pusat hiburan, riadah dan sumber pengetahuan, dan langkah berkenaan telah menjana perubahan kawasan tebing sungai tersebut.
Keselamatan di Tebingan Kuching pula usah kita bimbangkan kerana terdapatnya Pondok Polis Pelancong yang telah ditubuhkan sejak 6 Jun 2001, lokasinya pula betul-betul di tengah tebingan berkenaan. Polis Pelancong bertindak menjaga keselamatan pelancong. Mereka juga turut membuat rondaan sama ada berjalan kaki atau berbasikal di sepanjang Tebingan Kuching dari seawal jam 8 pagi hinggalah 12 tengah malam. Shift pertama dari jam 8 pagi hingga 4 petang, manakala shift berikutnya bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam. Kekuatan satu shift pula sebanyak 6 -10 orang. Jadi usah bimbang, anda boleh berjalan dengan adanya kawalan polis pelancong di sana.
Antara kemudahan-kemudahan dan tempat-tempat tarikan yang ada di sana ialah Bazaar membeli-belah barangan kraftangan Sarawak serta Pavilion Cina yang juga sebuah muzium budaya bagi masyarakat Cina di Sarawak. Yang menarik juga adalah Air pancut Kenyalang yang begitu unik sekali, taman permainan kanak-kanak “From The Mountains To The Sea”, kanopi “Orangery” untuk pameran, pertunjukan dan mini konsert di samping Medan Tebingan Kuching untuk kegiatan besar-besaran seperti senamrobik serta latihan dan demonstrasi mempertahankan diri. Selain itu, terdapat juga tempat menjual makanan dan minuman, makanan ringan, menu tempatan dan buah-buahan pada setiap masa.
Kalau anda nak tahu, Tebingan Kuching juga adalah penerima bagi beberapa anugerah antarabangsa seperti “National Project Award In The Sivic Design Category” dari Australian Institute Of Lanscape Architecture”, seterusnya “Merit Award In The Overseas Category” dari Royal Australian Institute Of Architecture” dan juga “Excellence On The Waterfront” / “Waterfront Centre Annual Award” dari The waterfront Centre, USA, kesemuanya pada tahun 1994. Seharusnya kita berbanggalah dengan pencapaian berkenaan.
Dengan kepanjangan 890 meter, Tebingan Kuching adalah satu warisan yang harus dibanggakan oleh rakyat Sarawak dan Mercutanda terbilang diturunkan kepada generasi akan datang. Jangan lupa.... Jom! Kita Lensa Sarawak.....



WHAT'S UP!!!...WHAT'S UP!!!...


What's Up!!!..... What's Up!!!........
Aku ni kadang-kadang hairan bin ajaib ler dgn segelintir orang! Depan aku bukan main baik tapi kt belakang huh! Hipokrit sangat ler tu, boleh menang anugerah pelakon terbaik. Hahaha!!! Hampeh!....So, sapa-sapa terasa tu (takkan pokok bergoyang tanpa angin kan!) buat-buat ler bertaubat sebelum terlambat.
ps- siapa yang makan cili dia ler terasa pedas
What's Up!!!...What's Up!!!....

Monday, May 11, 2009

Kt Konti








I'm back guys! So, kepada anda yang ingin mendengar celotehku jangan lupa untuk melayari <http://www.rtmsarawak.gov.my/> click SWKfm online k! (kalau hari Rabu & Jumaat pukul 0600-1000 am, aku bertugas konti bersama DJ Atikhah Hj Mahali)
Blog ni akan aku buka sewaktu bertugas konti, jadi aku akan kongsikan pendapat, lagu pilihan dan pesanan anda ke udara di SWKfm. Jadi, ambillah peluang ini. Wachaaa!!!!

Jom Lensa!!!...





1) Lensa Sarawak (Sabtu@1330 pm)
- Rancangan ini memfokuskan kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara di seluruh Bumi Kenyalang seperti kawasan semulajadi, habitat, bangunan bersejarah, tempat riadah dll.

2) Lensa Dunia (Ahad@1330 pm)
- Rancangan ini memfokuskan kawasan pilihan pelancong di seluruh dunia seperti 7 Keajaiban Dunia, rekabentuk bangunan, destinasi berbulan madu, destinasi impian dll. Jadi, anda boleh kongsikan dengan menghantar cerita dan gambar anda kepada saya k!